建议使用Google Chrome或Firefox游览学校网站 | Please use Google Chrome or Firefox for the best viewing experience

访客次数

网上UKM 1 PERMATA PINTAR测试/ UJIAN UKM 1 PERMATA PINTAR

UJIAN UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun yang dijalankan sejak tahun 2009. Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun . Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian dan pengurusan bakat intelek semula jadi dalam yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negarahttp://www.ukm.my/permatapintar dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my, Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.
Ujian UKM1 merupakan ujian saringan pertama untuk menyertai program-program berikut:
1) Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar UKM-JHU (untuk pelajar 9-15 tahun/Tingkatan 3 pada 2015)
2) Program PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar 8 tahun / Darjah 2 pada tahun 2015 dan beragama Islam)
3) Kolej PERMATApintar ASAS 1 2015 di UKM (untuk pelajar 11-12 thn pada tahun 2015)
4) Kolej PERMATApintar TAHAP 1 2015 di UKM (untuk pelajar 14-15 thn pada 2015)
Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka alamat http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx. Pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat. Pelajar telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2015. Sila masukkan nombor mykad/mykid anda di laman webhttp://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx . Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Pelajar juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my