坤成二校智能一体机启用礼 Majlis Pelancaran “Smart Board”

 Jumaat, 5 Mei – SJKC Kuen Cheng 2 telah mengadakan Majlis Pelancaran “Smart Board” peringkat sekolah di Dewan Berjaya, SJKC Kuen Cheng 2. Majlis ini bertujuan adalah untuk menyatakan inisiatif pihak sekolah, Lembaga Pengelola Sekolah , PIBG dan Lembaga Pengelola Kwong Tong Cemetery serta ibu bapa yang berusaha memantapkan akses pembelajaran dan pendidikan melalui Smart Board terutamanya kepada guru dan murid sekolah ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha, Encik Mohd Fauzan bin Amran, Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu mewakili Tuan Haji Azuar bin Haji Hussin,Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bangsar Pudu.
Turut hadir bagi memeriahkan majlis pada hari ini ialah Encik Tiew Chek Chuan (JPWPKL), Puan Jumaati binti Husin (Pegawai Perhubungan Sekolah PPDBP), Encik Chai Beng Hwa ( Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah ), Encik Andrew Heng (Pengerusi PIBG), Encik Lim Sook Lek ( Pengerusi Kwong Tong Cemetery), Tuan Sarjan Mohd Raznan dan Tuan Koperal Razef (Balai Polis Brickfields), Ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah , AJK PIBG, Encik Alex (Pengarah Urusan ACE), penderma-penderma yang diraikan.