建议使用Google Chrome或Firefox游览学校网站 | Please use Google Chrome or Firefox for the best viewing experience

访客次数

SEKOLAH SENI




Konsep Sekolah Seni
Sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid.
Falsafah Pendidikan Kesenian


Suatu usaha membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.
Falsafah Sekolah Seni
Sebuah institusi yang membangunkan potensi individu secara seimbang dan bersepadu melalui pendidikan kesenian bagi melahirkan insan yang berilmu, berketerampilan dan berkeperibadian mulia dalam mengamalkan budaya bangsa yang luhur dan beridentiti Malaysia.

Visi
Pewaris Budaya Bangsa

Misi


Misi sekolah seni ialah:
i) Memupuk bakat dan mengembangkan potensi kesenian di kalangan murid.
ii) Menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti kesenian.
iii) Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai institusi dan penggiat seni.





Syarat Kemasukan
1.Warganegara Malaysia
2.Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3.Tidak Cacat
4.Lulus Uji Bakat
5.Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara (45 markah)dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012
*Persamaan Gred :
-A ( 20 mkh )
-B ( 15 mkh )
-C ( 10 mkh )
-D ( 5 mkh )
-E ( 1 mkh )

Maklumat Am
1.Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 15 Julai 2012
2.Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi uji bakat.


Kemasukan murid ke Sekolah Seni boleh DIPERTIMBANGKAN MELALUI 2 SALURAN PERMOHONAN IAITU:

a) Saluran Pertama
-Permohonan melalui Jabatan Pendidikan Negeri
b) Saluran Kedua

-Permohonan terus kepada KPM melalui:
          i) Permohonan ibu bapa;
          ii) Cadangan oleh badan kesenian negeri atau
              kebangsaan.


若有问题,请联络:

(a) En Abdul Haleem bin A Rahman
 03-88721620
Email : haleem.rahman@moe.gov.my

(b) En. Romai Noor bin Rabbu
03-88721647
Email : romainoor@moe.gov.my



有兴趣者,请浏览以下网址:
http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/